fbpx

Little ‘Abd Programme first album!


20150119_233956

                                                                                            Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.

Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran hanya layak bagi Allah S.W.T, Rabb sekalian alam kerana hanya dengan izinNya sahajalah album ini dapat dihasilkan. Album di tangan anda adalah usaha kecil kami dari Little ‘Abd Programme, sebuah sistem pendidikan pra sekolah yang berpaksikan tauhid. Lagu-lagu ini berperanan sebagai media pengukuhan kepada pendidikan yang dilaksanakan.

Pertamanya, kami ingin merakamkan penghargaan kami kepada Al-Farabi Band yang bukan sahaja mengubah semua lagu dalam album ini malah telah mengambil tanggungjawab sehingga menerbitkan album ini. Hanya Allah dapat membalas jasa semua anggota Al-Farabi Band, terutamanya Encik Nazri dan isteri beliau, Rina. Jutaan terima kasih kami ucapkan.

Kami juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada saudara Azhar Hilmi kerana sudi bersama-sama menjayakan album ini. Semoga ia dapat mendorong kanak-kanak di dunia ini mengenali ALLAH SEBAGAI RABB mereka dan diri meraka sebagai hamba hanya kepadaNya, pada setiap masa dan di mana sahaja.

Semoga Allah mengampuni sebarang kukurangan kami dan menerima amal yang kecil ini sebagai ibadah.

 

Video Promosi boleh di view di sini –> Allah is Our Rabb ( Little ‘Abd Programme)

20150119_234129

CD Allah Is Our Rabb- Little ‘Abd Programme

 

 

                                                          Video Promosi Allah is Our Rabb Album