Selamat datang ke Little ‘Abd Programme

Little 'Abd Programme bermaksud Program Si Kecil Hamba Allah.

Program ini adalah untuk murid-murid tadika yang berumur 4 hingga 6 tahun. Ia merupakan sebuah sistem pendidikan yang berteraskan Tauhidullah (mengesakan dan mengagungkan Allah dalam seluruh aspek kehidupan). Program ini kami fokuskan untuk mendidik murid-murid menjadi hamba Allah yang mengenal Allah sebagai Rabb dan mengagungkan-Nya dalam fikiran, perasaan, sikap dan praktik hidup.

Kurikulum kami distrukturkan dengan prinsip-prinsip besar yang terdapat pada surah teragung iaitu Al-Fatihah. Semua tema-tema adalah disusun mengikut surah Al-Fatihah ayat 1-7.

Kami berhajat melahirkan anak yang menyeluruh kebaikannya :Kami berhajat melahirkan anak yang menyeluruh kebaikannya :

  • Yang bukan sahaja mahir membaca Al-Quran tetapi kenal apa itu Al-Quran dan dapat menghargainya sebagai tanda kasih Rabb nya.
  • Yang pandai berdoa DAN juga mengenali kepada siapa yang layak ditujukan segala doa dan permintaan.
  • Yang memiliki pelbagai kompetensi (akademik, sosial, fizik, emosi, keagamaan) tetapi menyedari semua ini milik Rabb dan hadiah dari Rabb nya dan mesti digunakan untuk mendapat kecintaan Rabb.

Enter your text here…

Insert WordPress ContentInsert WordPress Content